My Girl : Episode 1

GD berjalan dengan hati-hati sambil memegang dua aiskrim perisa strawberry dan blueberry. Dia menghentikan langkahnya dan duduk bersebelahan antara seorang lelaki dan kekasihnya iaitu Min-young lalu memberi aiskrim stawberry itu kepadanya.


Min-young : Thanks.


GD : Welcheese, dear.


Min-young : Urm, kenapa awak ajak saya keluar pergi taman bunga?


GD : Saja-saja, rindu dengan awak :]


Min-young : Rindu? Kan semalam kita dah jumpa. Baru sehari dah rindu saya? Apalah awak ni


GD : Hehehe, saranghaeyo.


Min-young : Ish, buat malu je.


GD : Kenapa? Awak tak suka saya cakap saranghaeyo?


Min-young : Bukan tak suka, tapi malu >.<


Lelaki yang duduk bersebelahan GD itu menunjukkan reaksi ingin muntah apabila mendengar ayat-ayat jiwang karat GD. Dia menjeling GD selama beberapa saat tetapi GD berpura-pura tidak tahu. Seungri membulatkan matanya. GD yang beria-ia menyuruhnya temankan pergi taman bunga, tapi bila dah sampai, GD asyik layan Min-young saja.


Seung-ri : Kenapa saya tak dapat aiskrim?


GD : Pergilah beli sendiri.


Seung-ri : Hyung! Awak yang ajak saya temankan pergi taman bunga tapi bila saya dah temankan awak, awak buat tak tahu je. Macam saya ni batu nisan pulak.


GD : Memang awak ni macam batu nisan pun. Hahaha.


Seung-ri terasa amat mendidih dengan kata-kata GD. Dia segera bangun lalu berjalan ke arah keretanya sambil menghentak kaki.


GD : Awak nak pergi mana?


Seung-ri : Balik rumah!


GD : Hey, bagi kunci kereta kat saya.


Seung-ri : Nanti saya nak balik naik apa?


GD : Teksikan ada berjuta kat tepi jalan tu. Naiklah teksi.


Seung-ri : Hish, saya benci hyung!!! Amiklah kunci kereta saya ni. Saya lebih rela jalan kaki lah!


GD : Apa? Kereta awak? Ini bukan kereta awak lagi, ini kereta BIG BAAAAANG ~


Seung-ri melopongkan mulutnya. Kereta yang khas diberi oleh Pengarah YG Entertainment untuknya ditukar hak milik menjadi kereta kumpulan Big Bang? Huh, mengambil kesempatan betullah GD ni! Seung-ri menahan teksi di stesen bas yang tak jauh dari taman bunga. Pemandu teksi itu tersenyum gembira kerana dapat berjumpa dengan Seung-ri kerana dia adalah salah seorang peminat Big Bang.


Pemandu teksi : Nak pergi mana?


Seung-ri : Bawa saya pergi Apartment XX. Cepat sikit ya.


Seung-ri mengeluh panjang. GD selalu menunjukkan kuasanya di depan kekasihnya. Suka-suka hati dia je! Urm, bilalah hidupnya ini dapat seorang perempuan yang sanggup menjadi adiknya, temannya dan kekasihnya. Seung-ri termenung jauh.


Pemandu teksi : Tak silap saya, awak ni ahli kumpulan Big Bang kan?


Seung-ri diam. Dia masih lagi dalam alam khayalannya itu. Tidak dengar langsung apa yang pemandu teksi itu tanya. Pemandu teksi itu pula menyoal soalan yang sama. Dan sama juga dengan Seung-ri, masih berkhayal dalam alam khayalannya. Disebabkan malas untuk bertanya lagi, pemandu teksi itu hanya mendiamkan diri dan menutup mulutnya sambil memandu. Di dalam khayalan Seung-ri, dia berharap sangat yang dia mempunyai kekasih seperti IU. Tetapi sayangnya, IU hanya menyukai Tae-yang. Huuuh -,- TOP pula sudah hot bercinta dengan Lee Hyo-ri, penyanyi dari kumpulan FIN.K.L itu. Seung-ri mula malu dengan hakikat dia tidak mempunyai teman sehidup semati apabila terkenangkan Dae-sung. Walaupun Dae-sung tidak pandai dalam matematik, tetapi dia tetap mempunyai kekasih dari kumpulan KARA. Aegyo ~ Kasihannya Seung-ri.


Pemandu teksi : Kita dah sampai.


Seung-ri : Ah? Oh, ok. Terima kasih ya.


Seung-ri keluar dari kereta lalu menutup pintu teksi itu. Dia mula memikirkan idea gila. Tetapi idea gila itu harus diterima baik oleh TOP kerana idea gilanya itu hanya boleh dipakai mengikut kepintaran TOP dalam bab-bab cinta. Dia masuk ke dalam rumahnya lalu menjerit nama TOP. Sambil menjerit nama TOP, dia ternampak satu nota terlekat pada peti ais. Nota itu tertulis : Saya keluar jumpa girlfriend. Balik lambat. Hehe. -TOP- . Aduh! Malang betul. Tak boleh jadi ni. Seung-ri menjerit nama Dae-sung pula. Tiba-tiba terdengar suara seseorang menjerit.




jangan lupa baca episode kedua punya. [ KAMSAMIDA~ ]